Ahad, 22 Mac 2015

Pearl White Putih Mulus, & Kcolly Sweet 17


Pearl White Putih Mulus


                                                                             Kcolly Sweet 17

Hai assalamualaikum, k hari ni aku nak bercakap tentang produk pencerahan  iaitu produk   Jamu Jelita , ‘Pearl White Putih Mulus’ .
 
bagi aku la kan, masa pertama kali aku cuba produk ni, biasa-biasa je, tak bagi kesan pencerahan apa-apa pun.
K aku beli Pearl White ni dekat kedai-kedai yang berhampiran dengan harga RM32.90. murahkan? Tapi kat kedai Jus Tok Guru tu harga dia RM29 je. 100% original.
Hari pertama aku minum, takda apa-apa perubahan sampai lah aku habis sebekas minum Pearl White ni.
Nak katakan putih tu memang tak nampak lah putihnya, tapi yang aku perasan kulit aku cuma lembut je. Sebenarnya kulit aku dah memang cerah (tak dalah secerah macam Adira) .

Kalau minum Pearl White ni, kena lah selalu minum air masak ea. Dulu masa aku minum Pearl White,aku memang jarang minum air. Kalau minum pun , kurang dari 2 liter dalam sehari. Haha mungkin itu satu sebab aku minum benda ni tapi takda kesan pencerahan apa-apa pun. Tapi yang aku perasan selepas 2 minggu aku minum, kulit jadi lembut je…hahaha (eii perasannya aku)

Pearl White ni memang murah, walaupun berat dia 400 gram je. Tapi kalau amalkan secara berterusan In Syaa Allah berkesan. Hihi.
K selepas  habis 1 bekas Pearl White selepas 3 minggu. Kulit aku kembali kusam. Huhu. Sedih….





K masa pertengahan bulan 2 hari tu aku ada jumpa kawan aku, nama dia Areyn. Bila aku perhatikan kulit dia memang ketara giler kecerahan dia kalau nak dibandingkan dengan tahun 2014 dengan tahun ni . Sumpah tak tipu putih melepak dia sekarang. Cantik kulit dia, orang nya pun lawa tau.

Ni antara dialog aku dengan dia:

Aku : Areyn ko pakai apa sampai kulit kau jadi putih ni.
Dia : Ooo… aku makan Kcolly, dah nak habis sebekas dah ni, aku kongsi dengan mak aku, mak aku yg   
         belanja. Hihi
Aku : Ooo….patutlah kau makin putih sekarang. Kau beli kat mana?
Dia: Aku beli kat kedai Jus Tok Guru yang tepi jalan raya besar, harga dia murah je RM100. Original.
Aku : Eh murahnya.
Dia: Ni pun mak aku yang belanja. Hehe

Bila tengok  je produk yang dia pakai tu berkesan, teruslah aku rasa nak cube Kcolly Sweet 17 ni. Hehe.
Aku baru je cuba Kcolly ni.

Haritu masa aku cube makan Kcolly, memang ada perubahan sikit lah masa hari ke-3,  kulit aku yang dah rosak akibat pakai sabun Alpha Arbutin tu dah jadi elok balik tau. Alhamdulillah, berkesan jugak minum Kcolly. Kulit aku sekarang pun dah jadi lembut & nampak cerah sikit.

Cara aku makan Kcolly ni aku ambil setengah scoop je sebelum sarapan dan setengah scoop sebelum tidur. Dalam sehari makan 1 scoop je. Hmm jimatkan? Dahlah jimat, murah, original, berkesan pulak tu. Sekarang aku nak tunggu habis sebekas baru aku nak buat testimoni. Hehe In Syaa Allah tengoklah dulu.
Tapi dalam masa aku mengamalkan Kcolly aku minum air lebih 3 liter tau dalam sehari. Haha hari-hari memang asyik keluar masuk tandas je la…. Terlebih minum air masak.

K  assalamualaikum …Baiii   J mengantuk, nak tidur dah ni…zzzzzz

1 ulasan: